Gangamstyle Flip Book
Korang tau tak yang sejarah animasi dikatakan telah bermula seawal zaman Paleolitik? Zaman Paleolitik dianggarkan 50 000 hingga 100 000 tahun dahulu. Pada zaman ini, manusia Paleolitik melukis pada dinding gua untuk melahirkan idea dan perasaan diorang, terdapat juga lukisan yang menggambarkan suasana kehidupan diorang seharian.
Secara asasnya, animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Contoh terawal cubaan mengabadikan fenomena pergerakan dalam sesuatu lukisan pegun boleh didapati dalam lukisan gua zaman paleolitik, yang mana haiwan digambarkan dengan kaki-kaki dalam posisi-posisi bertindan, agar jelas memberikan persepsi pergerakan.
Korang pernah buat flip book? Korang boleh buat flip book sendiri dengan melukis gambar pada penjuru muka surat buku nota, lepas tu lukis pergerakan seterusnya pada muka surat seterusnya, lukis lah seberapa banyak yang perlu untuk lengkapkan sesuatu pergerakan seperti berlari, melompat atau sebagainya. Bila dah siap semua lukisan tu, korang selak buku nota tu laju-laju, imej yang korang Nampak secara berturut-turut semasa helaian kertas diselak tu merupakan antara kaedah animasi terawal. Teknik flip book dah wujud sekitar tahun 1800-an, lama tu!
Walaupun dah wujud macam-macam teknologi baru, tetapi masih ramai yang suka gunakan kaedah flip book ni sebab ianya sangat mudah dan seronok!
Jom kita tengok flip book Gangnam Style ni dulu. Post yang seterusnya kita akan tengok teknik animasi yang lebih moden, macam yang digunakan untuk hasilkan animasi Supertots dan Supersquad.
No comments:
Post a Comment